Jumaat, 15 Jun 2007

Contoh video

Contoh video berdasarkan tutorial ni.

'Effect' dan 'Transition' yang digunakan ialah:
  • fade in,from black
  • fade out,to black
  • fade in,from white
  • brightness, increase
  • mirror, horizontal
  • fade





Perhatikan beberapa kesilapan yang ada pada timeline berikut:
  • 1:26
  • 1:11
  • 1:09
  • 0:37 - 0:27
Jumpa? Nanti saya akan beritahu sebabnya dalam post yang akan datang.
Tutorial Windows Movie Maker dalam Bahasa Melayu

Jadikan Format Video

Dah siap sangat dah ni. Camne nak jadikan format video?

1. Buka 'file'.

2. Pilih 'save movie file' (ctrl + P).



3. Pilih lokasi untuk 'save'. Pilih save dalam 'My Computer' dulu. Dah siap nanti baru pilih nak buat apa dengan file tu.



4. Isi apa yang dikehendaki.



a- Nama video tu nanti.
b- Tempat nak simpan video tu.
c- Tekan 'Browse' kalau nak pilih tempat simpan yang lain.


5. Pilih saiz video korang.



a- Windows akan pilihkan saiz video korang (automatik).
b- Pilih saiz video yang dikehendaki (manual).
c- Pilih saiz ikut jenis-jenis standard video (automatik).

6. Tekan 'next' dan tunggu hingga naik bau siap.



7. Tandakan 'Play movie when I click finish' kalau nak video tu dimainkan terus.



8. Klik 'finish'. Maknanya video korang dah siap!!

Rabu, 13 Jun 2007

Penutup (credit).

Projek dah siap? OK. Kita buat penutup atau 'credit' (bukan kredit kad ). Nak bagi penghargaan kat mereka yang terlibat secara sengaja atau tak. Biasanya dibuat untuk mantapkan lagi projek (mantap aje la keje ko).

1. Klik tab Tasks.

2. Buka tetingkap 'edit movie'.




3. Klik 'make titles or credits' dan pilih 'add credits at the end of the movie'.



4. Masukkan nama dan lain-lain ikut kreativiti kemudian lihat 'preview window'.



5. Tekan 'done' kalau dah siap.

Aiseh..tak ngam la pulak....
Nak guna animasi lain? Klik 'change the title animation'.
Tukar font? Klik 'change the text font and color'.

Lepas tu?
Tekan ctrl+ s. Jangan tak tekan tau.

Ahad, 10 Jun 2007

Memasukkan 'Effect'

Meriahkan lagi persembahan anda dengan 'effect'.

1. Klik tab 'collection' dan pilih 'Video Effects'.

2. Pilih 'effect' yang dirasakan sesuai.



3. Pelbagai 'effect' boleh dimasukkan dalam satu gambar.
Contoh: Fade In, From Black + Ease In + Blur + Sepia Tone.

4. 'Drag and drop' efek ke dalam gambar yang dikehendaki.

Transition

Penggunaan transition boleh memantapkan lagi persembahan projek anda.



1. Klik tab 'collection'.

2. Pilih 'video transitions'.

3. Pilih 'transition' mengikut kreativiti.

4. Klik dua kali pada setiap 'transition' untuk preview.

5. 'Transition' yang dipilih boleh ditarik ke 'timeline' dan diletak di antara gambar yang dikehendaki.

Khamis, 7 Jun 2007

Mensyusun Klip

Teknik 'drag n drop' merupakan teknik asas dan paling mudah digunakan dalam MM2 ini.

1. Anda boleh memilih untuk menggunakan mode 'storyboard' atau timeline (ctrl+T)

Storyboard


Timeline



* Dalam tutorial ini, saya menggunakan mode 'timeline' kerana ia melibatkan audio.

2. Klik koleksi yang dikehendaki dan tarik ke arah 'storyboard/timeline'. Cara lain? Klik pada koleksi yang dikehendaki dan tekan ctrl+D.



3. Untuk projek yang melibatkan audio, saya galakkan agar file audio dimasukkan dulu bagi memudahkan penyesuaian antara gambar, lagu dan efek.

4. Tempoh gambar terlalu panjang (lama) atau pendek (sekejap)? Klik gambar tersebut dan letakkan cursor pada hujung gambar hingga keluar anak panah merah.




5. Klik dan ubah tempoh gambar mengikut kesesuaian. Ini dinamakan teknik kawalan.

  • Saya jadikan gambar supaya bertukar mengikut rentak/irama lagu.
  • Gunakan kreativiti anda mengawal tempoh gambar agar projek anda nampak menarik dan ada 'uummphh'.
  • Orang cakap 'timing (sebut taiming) baekk punyaa...'

Membuat Tajuk Projek

Seelok-eloknya tajuk atau mukaddimah perlu ada sebagai penerangan kepada kandungan projek.

1. Klik tab 'Tasks'.

2. Buka tetingkap 'edit movie'.

3. Klik pada 'make titles or credits'


4. Tingkap pilihan akan keluar dan pilih 'add title at the beginning of the movie'.

5. Masukkan tajuk yang dikehendaki.

6. Untuk menukar animasi bagi tajuk, klik 'change the title animation' ( saya labelkan 'a').

    • Saya pilih animasi jenis 'moving titles, layered' kerana ia nampak eksklusif.
7. Font dan warna latar juga boleh diubah. Klik pada pautan yang saya labelkan 'b' tersebut.

8. Menu yang saya bulatkan dibawah merupakan elemen kritikal dalam membuat tajuk.
a- Pilihan jenis font dan style
b- Pilihan warna teks dan latarbelakang
    • Saya menggunakan font jenis Niagara Solid dan warna putih sebagai warna font manakala biru sebagai warna latar.
9. Perhatikan preview window untuk melihat hasilnya.




10. Tekan 'done' jika sudah berpuas hati dan ia akan dimasukkan ke dalam 'timeline'.

11. Tahniah, projek anda sudah ada tajuk!!

12. Bangga? Teruja? Tekan ctrl + s. Ini bagi mengelakkan tercetusnya tekanan perasaan jika berlaku sesuatu di luar jangkaan.

13. Simpan dan labelkan projek anda ke dalam folder/direktori yang mudah dicari.
  • Yang disimpan itu adalah dalam format projek (*.MSWMM) dan bukan movie yang sudah siap. Anda hanya boleh membukanya dengan MM2 sahaja.

Mengimport Koleksi

Arahan yang disediakan dalam task pane membolehkan anda membuat arahan terhadap koleksi anda secara automatik. Selain menggunakan arahan pada task pane, berikut merupakan alternatif untuk mengimport koleksi ke dalam MM2. Langkah ini boleh dikatakan agak sistematik dan membantu dalam mengklasifikasi koleksi. Dalam tutorial ini, saya memilih 'slide show' sebagai persembahan projek.

  1. Klik tab 'Collections'.
  2. Klik kanan pada 'collections' dan pilih 'new collection' bagi membina folder khas mengikut jenis koleksi. Cara ini berkesan untuk koleksi jenis gambar dan audio sahaja.
  3. Namakan folder yang dibuat (klik kanan pada folder>rename) mengikut agenda koleksi (tarikh, masa, peristiwa, etc.)
  4. Klik pada folder yang dibuat tadi dan pergi ke file>import into collection (ctrl + i).
  5. Pilih media yang dikehendaki (gambar/video/audio). Saya memilih koleksi gambar kenderaan bersama lagu sebagai contoh projek.
  6. Untuk memilih keseluruhan koleksi, tekan ctrl + A dan tekan 'import'.
* Tempoh mengimport bergantung kepada saiz dan jenis media serta kemampuan komputer anda.
* Hanya format tertentu sahaja boleh diimport ke dalam MM2:-
    • Gambar - .jpg, .jpeg, .jfif, .png, .bmp, .tif, .tiff, .wmf, .emf
    • Video - .avi, .mpg, .m1v, .mp2, .mp2v, .mpeg, .mpe, .mpv2, .wm, .wmv, .asf
    • Audio - .wav, .aif, .aiff, .aifc, .snd, .mp3, .au, .mpa, .wma, .asf
Untuk mengetahui jenis format media yang anda pilih:
  • klik kanan pada media tersebut.
  • pilih properties.
  • lihat 'type of file'.
  • format yang saya tulis di atas tadi adalah singkatan kepada format media tersebut.
  • Contohnya 'portable network graphics' = .png
Berikut merupakan hasil koleksi yang diimport.

Rabu, 6 Jun 2007

Di mana Movie Maker Anda?

Saya asyik bercerita tentang MM2. Kenapa MM2? MM2 merupakan versi Movie Maker yang terbaru. Terdapat tambahan elemen efek dan antara muka menarik berbanding versi sebelumnya. Ia didatangkan bersama Windows XP Home/Office Service Pack 2.Baiklah sebelum mengetahui lebih lanjut mengenai MM2 anda, mari 'mencari' di mana letaknya MM2.
  1. Tekan Start.
  2. Pilih All Program.
  3. Klik Windows Movie Maker.

Tak jumpa? Ulangi langkah 1 dan 2 kemudian klik Accessories> Entertainment.

Komponen Windows Movie Maker 2 (MM2)

Berikut merupakan antara muka (interface) MM2 anda.

1. Bahagian menu - pelbagai fungsi yang hampir sama dengan program windows yang lain.

2. Task pane - memaparkan pelbagai tugasan yang boleh dibuat terhadap koleksi.

3. Collections pane - memaparkan klip-klip atau koleksi yang telah diimport.

4. Storyboard/timeline - menunjukkan perjalanan projek yang dibuat.

5. Preview window - menayangkan klip samada dari collections pane atau storyboard/timeline.

Tutorial Windows Movie Maker dalam Bahasa Melayu

Sekapur Sireh Seulas Pinang.

Assalamalaikom dan selamat sejahtera. Dalam blog ini, saya akan cuba memberi tutorial berkenaan teknik-teknik menggunakan Windows Movie Maker 2 (MM2). MM2 merupakan program untuk mengedit/menyunting koleksi video atau gambar anda. Boleh dikatakan semua pengguna Windows XP mempunyai program tersebut dalam komputer mereka samada mereka perasan atau tidak. Saya akan menggunakan istilah-istilah yang ada dalam MM2 dan istilah lain yang mudah difahami/diingati. Diharapkan tutorial ini dapat membawa manfaat kepada anda semua. Terima kasih.

Tutorial Windows Movie Maker dalam Bahasa Melayu