Khamis, 7 Jun 2007

Mengimport Koleksi

Arahan yang disediakan dalam task pane membolehkan anda membuat arahan terhadap koleksi anda secara automatik. Selain menggunakan arahan pada task pane, berikut merupakan alternatif untuk mengimport koleksi ke dalam MM2. Langkah ini boleh dikatakan agak sistematik dan membantu dalam mengklasifikasi koleksi. Dalam tutorial ini, saya memilih 'slide show' sebagai persembahan projek.

  1. Klik tab 'Collections'.
  2. Klik kanan pada 'collections' dan pilih 'new collection' bagi membina folder khas mengikut jenis koleksi. Cara ini berkesan untuk koleksi jenis gambar dan audio sahaja.
  3. Namakan folder yang dibuat (klik kanan pada folder>rename) mengikut agenda koleksi (tarikh, masa, peristiwa, etc.)
  4. Klik pada folder yang dibuat tadi dan pergi ke file>import into collection (ctrl + i).
  5. Pilih media yang dikehendaki (gambar/video/audio). Saya memilih koleksi gambar kenderaan bersama lagu sebagai contoh projek.
  6. Untuk memilih keseluruhan koleksi, tekan ctrl + A dan tekan 'import'.
* Tempoh mengimport bergantung kepada saiz dan jenis media serta kemampuan komputer anda.
* Hanya format tertentu sahaja boleh diimport ke dalam MM2:-
    • Gambar - .jpg, .jpeg, .jfif, .png, .bmp, .tif, .tiff, .wmf, .emf
    • Video - .avi, .mpg, .m1v, .mp2, .mp2v, .mpeg, .mpe, .mpv2, .wm, .wmv, .asf
    • Audio - .wav, .aif, .aiff, .aifc, .snd, .mp3, .au, .mpa, .wma, .asf
Untuk mengetahui jenis format media yang anda pilih:
  • klik kanan pada media tersebut.
  • pilih properties.
  • lihat 'type of file'.
  • format yang saya tulis di atas tadi adalah singkatan kepada format media tersebut.
  • Contohnya 'portable network graphics' = .png
Berikut merupakan hasil koleksi yang diimport.

Tiada ulasan: